@ Malaysiakini.com
Anwar: Deepavali sebagai ingatan terus lawan kejahatan
http://www.malaysiakini.com/news/318808
8 Nov 2015, 12:17 petang 8 Nov 2015, 12:54 petang
Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih beliau kerana tidak dapat menyambut perayaan Deepavali tahun ini kerana terpaksa merengkok dalam penjara.
Anwar yang juga ketua umum PKR berkata meskipun jasadnya dipenjara namun fikiran beliau sentiasa bersama-sama mereka yang menyambut perayaan pesta cahaya itu.
“Tahun ini saya tidak dapat bersama-sama menyambut pesta cahaya (Deepavali). Tetapi yakinlah, fikiran saya, harapan untuk semua yang terbaik sentiasa bersama anda semua,” katanya dalam satu perutusan melaluu pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Anwar berkata perayaan Deepavali itu diraikan oleh penganut Hindu dengan kegembiraan dan penuh ketaatan di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Katanya, Deepavali adalah sebuah perayaan bagi meraikan perjuangan di antara perkara yang betul dan salah serta yang baik dan jahat.
“Perjuangan antara betul dan salah, dan yang baik dan jahat. Tidak kira apa halangan dan cabaran yang dihadapi oleh kita, yang baik akan sentiasa muncul berjaya pada akhirnya. Ingat ini, dan janganlah kiranya kecewa dengan halangan atau kegagalan sementara.
“Marilah kita mengukuhkan dan meneruskan perjuangan menentang kezaliman dengan semangat baru dan usaha,” katanya.
Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati salah oleh mahkamah atas tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
@ SAYS.com
[VIDEO] How To Tie A Saree In Less Than 5 Minutes
http://says.com/my/lifestyle/video-how-to-tie-a-saree-in-less-than-5-minutes
No comments:
Post a Comment