Saturday, November 14, 2015

Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan @ Plaza Low Yat. Polis tahan remaja intai gadis sambil melancap @ SAYS.com

Polis tahan remaja intai gadis sambil melancap
http://www.malaysiakini.com/news/319043
 10 Nov 2015, 10:00 malam
Seorang remaja lelaki yang dirakam mengintai seorang gadis sambil melancap di belakang sebuah rumah di Pandan Indah, Sabtu lalu, ditahan polis, malam semalam.

Perbuatan tidak senonoh pelajar kolej berusia 19 tahun yang dirakam dalam keadaan berbogel oleh kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan, kemudian dimuat naik ke laman sosial serta menjadi 'viral'.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata remaja yang juga jiran gadis berkenaan berjaya ditahan kira-kira 10.30 malam.

"Soal siasat ke atas suspek dilakukan dan dia mengakui melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairuldin berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu perbuatan melakukan kelucahan melampau.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, suspek dilihat mengintai gadis berkenaan melalui tingkap belakang rumah mangsa.

- Bernama

Polis tahan lelaki terlibat pergaduhan di Plaza Low Yat
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tahan-lelaki-terlibat-pergaduhan-di-plaza-low-yat
Published: 13 November 2015 8:06 AM


Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kejadian di kompleks membeli-belah itu berlaku kira-kira 7 petang tadi.

"Pergaduhan itu melibatkan suspek berumur 27 tahun dengan seorang pekerja di kompleks itu (Plaza Low Yat), yang mengganggu di premis pekerja berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, suspek sebelum itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Bulatan dengan salah seorang pekerja di premis berkenaan.
Susulan itu, suspek yang tidak berpuas hati datang ke premis itu dan menumbuk muka mangsa.

Zainol berkata suspek  ditahan pada 8 malam, selepas mangsa membuat laporan polis.

"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata suspek mempunyai 2 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Plaza Low Yat, Gary Lam berkata insiden pergaduhan tersebut adalah disebabkan salah faham. – Bernama, 13 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tahan-lelaki-terlibat-pergaduhan-di-plaza-low-yat#sthash.ekjkNT6r.dpuf

Meanwhile @ SAYS.com
Low Yat: AG drops Sedition case against Ali Tinju saying there's no proof
http://says.com/my/news/scuffle-breaks-out-at-low-yat-plaza#segment-146285

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails




bangsar south bangsar south bangsar south bangsar south bangsar south couple sex couple sex couple sex couple sex couple sex balcony balcony balcony balcony balcony balcony video video video video video video sex sex sex sex sex sex sex jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low 1mdb jho low