10 November, 2011 14:32 PM
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang
tepat untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi menjelang
2020, berikutan pelaksanaan sepanjang setahun Program Transformasi
Ekonomi (ETP) sudah menghasilkan keputusan positif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata angka pencapaiannya sangat menggalakkan dan melepasi jangkaan.
"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.
"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya pada taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di sini Khamis.
Idris berkata pewujudan peluang pekerjaan, pelaburan secara kumulatif dan pendapatan negara kasar (PNK), yang merupakan antara tonggak utama kejayaan ETP, masing-masing sudah mencapai sasaran melebihi sepuluh persatus.
"Bagi 2011, kerajaan menyasarkan PNK sebanyak RM494 bilion, dan sehingga Jun 2011, kita sudahpun mencatat RM285 bilion, atau 56 peratus.
"Bagi pelaksanaan tahun pertama, kita sudah merekodkan 13 peratus dalam PNK daripada sasaran 10 tahun dengan pencapaian sekurang-kurangnya RM1.4 trilion menjelang 2020.
"Saya yakin kita dapat mencapai sasaran itu berdasarkan angka-angka yang menggalakkan ini.
"Bagaimanapun kita masih menunggu pengumuman rasmi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan lain, Idris menggesa usahawan kecil dan sederhana (PKS) menaruh keyakinan terhadap ekonomi domestik dan melabur dalam negara untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan masing-masing.
Beliau berkata kerajaan sudah meluluskan 131 projek permulaan menerusi ETP, namun kadar penyertaannya kurang menggalakkan.
"Kami mahu PKS meneroka usaha peniagaan baharu dalam banyak sektor yang kami kenal pasti dalam bidang utama," katanya.
-- BERNAMA

IDRIS JALA FLIP-FLOP!
KENAPA TIBA-TIBA IDRIS JALA TUKAR PENDIRIAN, MALAYSIA TAK AKAN BANKRAP?
No comments:
Post a Comment