Perbahasan dua perwakilan Pemuda Umno hari ini mensasarkan serangan
mereka terhadap DAP dan PAS - parti gabungan dalam Pakatan Rakyat
khususnya di Pulau Pinang dan Kedah.
Kedua-dua negeri itu kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Perwakilan daripada Pulau Pinang Syeikh Husin Maidin mendakwa DAP mentadbir di pulau mutiara sepanjang tiga tahun di negeri itu dengan bersikap "memusuhi Islam dan Melayu".
Bahkan Sheikh Husin yang juga ketua Pemuda Umno Pulau Pinang mendakwa dua lagi rakan gabungan Pakatan - PAS dan PKR - dayus dan diam membisu dengan tindakan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Dalam ucapan perbahasannya, beliau memberikan contoh beberapa langkah yang dibuat oleh Lim, antaranya mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri itu.
Syeikh Ismail juga mendakwa PAS dan PKR membisu terhadap tindakan Lim yang didakwa membatalkan perarakan Maulidul Rasul.

"Tiba-tiba mereka batalkan perarakan Maulidul Rasul. Surat rasmi kita ada. Dia memusuhi Melayu dan Islam secara terbuka. Rasis.
"Siapa
saja, Melayu, Cina, India yang menyokong DAP, depa mereka daripada
bangsa bangsat (perwakilan tepuk). Saya ulang sekali lagi, DAP adalah
bangsa bangsat. mampuih pi depa nak kata apa, katalah. Saya bercakap
demi Allah dan Rasul," katanya.
No comments:
Post a Comment