January 16, 2012
KUALA
LUMPUR, 16 Jan — Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini
menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset Pusat Fidlot Nasional
(NFC) adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga
Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada
RM71,000.
Lim dalam kenyataannya hari ini berkata, pengumuman Pengarah
Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh bahawa pembekuan aset syarikat
berkenaan tidak mengganggu perjalanan syarikat adalah satu tindakan yang
mengecewakan kerana menunjukkan tindakan pembekuan tersebut adalah
seperti satu tindakan yang sia-sia.
“Perkara itu mengecewakan rakyat Malaysia, dan mereka tertanya-tanya
sama ada “pembekuan sementara” aset-aset NFC hanyalah satu kepura-puraan
kerajaan untuk meredakan ketegangan penduduk Malaysia yang ingin tahu
berkenaan projek tersebut.
“Siapa bekukan aset NFC? Bila aset berkenaan dibekukan? dan siapa
yang berkuasa untuk membebaskan aset berkenaan?” soal Kit Siang dalam
kenyataan tersebut.
Menurutnya, perkara pokok adalah berapa nilai sebenar aset NFC yang
telah dibekukan, kerana rakyat Malaysia tidak akan terkejut sekiranya
NFC tidak lagi mempunyai sumber kewangan ekoran penyelewengan yang
berlaku dalam projek tersebut yang bermatlamat untuk menghasilkan projek
ternakan lembu berimpak tinggi itu.
“Boleh Najib jelaskan dengan teliti berapa lama tempoh pembekuan aset
tersebut-oleh siapa, bila, bagaimana, dan aset apa yang telah dibekukan
beserta jumlahnya?” tambahnya.
“Bila Izmir mengumumkan bahawa “perniagaan berjalan seperti biasa”
walaupun aset NFC mengalami “pembekuan sementara”, apa yang mengejutkan
rakyat Malaysia adalah penyalahgunaan dana masih lagi berlaku tanpa
sekatan, yang mana menyaksikan keluarga Shahrizat menggunakan dana dalam
projek NFC tersebut sebagai sumber pendapatan mereka,” tambahnya.
Menurut Lim (gambar), suami Shahrizat Dr. Mohammad
Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFCorp mendapat pendapatan
sejumlah RM100,000 gaji bulanan, anak lelaki mereka yang berumur 31
tahun, Izmir selaku Pengarah Eksekutif berpendapatan RM45,000 sebulan,
manakala, seorang lagi anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran berumur
27 selaku CEO berpendapatan RM35,000 sebulan, manakala Wan Izzanah
Fatimah, 25 tahun, berpendapatan RM35,000 atas jawatan sebagai
pengarah. - satu jumlah keseluruhan bernilai RM215,000 gaji bulanan
untuk suami dan tiga anak Shahrizat.
“Selepas hampir enam bulansejak pemdedahan Laporan Ketua Audit
Negara, berkenaan terdapatnya kecelaruan dalam NFC, tiada sebarang
tindakan yang dilakukan kabinet untuk membetulkan keadaan.
“Lebih malang lagi, apabila Shahrizat tidak menunjukkan sebarang rasa
bersalah mahupun menyesal terhadap tindakannya itu,” kata Kit Siang.
Tambah Lim, sekurang-kurangnya, rakyat Malaysia menjangkakan aset NFC
yang dibekukan adalah termasuk potongan sebanyak dua pertiga daripada
gaji keseluruhan Pengerusi. Pengarah Eksekutif, CEO dan pengarah lain
daripada pendapatan bernilai RM215,000 hanya kepada RM71,000.
Adakah ini akan dibincangkan di Kabinet esok? Menteri mana yang bernai untuk mengutarakan perkara ini,” soal Kit Siang.
No comments:
Post a Comment