July 21, 2011
KUALA
LUMPUR, 21 Julai — Seorang pegawai kanan SPRM Selangor telah
melancarkan operasi skala besar-besaran untuk menyiasat satu dakwaan
salah guna dan hanya berdasarkan kepercayaan seorang pemberi maklumat,
tanpa fakta-fakta sokongan, demikian menurut suruhanjaya diraja yang
menyiasat kematian Teoh Beng Hock.Dalam laporannya, suruhanjaya mendapati Hishammuddin Hashim (HH), pengarah SPRM Selangor ketika itu, terlibat dalam operasi rasuah terhadap seorang Adun DAP, yang membawa kepada kematian Teoh, yang didapati membunuh diri.
“Tiada bukti langsung yang boleh membuktikan bahawa HH ada sentuhan dalam kematian TBH (Teoh Beng Hock).
“Bagaimanapun sebagai seorang pegawai paling kanan yang terlibat dalam operasi, beliau harus bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil olehnya dan pegawai-pegawainya, yang membawa kepada TBH, dengan membunuh diri,” kata suruhanjaya ini lagi.
Dalam laporannya tambah suruhanjaya, pihaknya mendapati Hishammuddin sangat angkuh dan memberi maklumat tidak benar selain sikapnya yang tidak boleh berkompromi.
Suruhanjaya juga berkata Hishammuddin secara berterusan menafikan pembabitan aktifnya dalam operasi ketika kejadian.
Panel suruhanjaya berkata pihaknya mengetahui keadaan sebenar apabila dua pegawai Hishammuddin memaklumkan bahawa bekas pengarah SPRM Selangor itu yang mengeluarkan segala perintah dan mengarahkan pegawai-pegawainya siapa dan bagaimana perlu disoal siasat.
Hishammuddin kini merupakan pengarah SPRM Negeri Sembilan.
MENYUSUL LAGI
No comments:
Post a Comment