Jumaat Jun 18, 2010
COMEL... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat anak kucing jenis kacukan Persian yang berumur tiga bulan yang dibelinya dengan harga RM650 semasa melawat gerai produk makanan kucing tempatan Vita Cat ketika melawat Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.
"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.
"Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti," katanya.
Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment